BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Sunday, December 29, 2013

Beginning and End of Year 2013




Wah~ dah lame tk update blog kan?
Well lumrah hidup kan, sentiasa buzy buat something kan sehingga ada time kiter lupe benda yang lama
But for me, buzy with SPM actually and troubling dengan masalah yg lepas haha

But aku kat sini nak cerita tentang al kisah aku tahun ni la, so kira post kali ni lebih panjang dari dulu

Firstly, disebabkan kawan lame tk sudi kawan dah aq redha je la, nak tunding jari kat sape tak nak lah. Lagi berdosa, so aku mula rase yang maybe sebab aku tak berhijab la aku melalui benda perit ni? Aku asyik berfikir je mane silap aku, mane yang perlu aku ubah. And di situ lah titik permulaan aku mendalami hijab. ;)
Actually dah lame nak berhijab tapi feeling tuh tak ada lagi but dengan izin Nya aku dapat penuhi impian parents aku. Hijab was not the only changes I made, also my attitude like jage batasan aku dengan boyfriend aku or even bukan mahram and also jage perbualan aku dengan orang lain. Aku tak nak bermusuh da or sakiti diri orang. Aku try the best untuk berubah tapi tak sure la if di perspektif orang lain aku ni berubah ke?

Second, aku mule berkawan dengan kawan baru, diorang jugak la yang buat aq berubah lebih mendalam. Berubah apa? Well lebih kepada solat la, haha aku tak malu mengaku dulu aku solat jarang and ada time solat penuh. Tapi sejak berkawan dengan diorang ni aku mula berubah, aku sekarang kerap solat even tunaikan solat sunat untuk kuatkan iman aku. Aku tak nak orang kate aku tulis ni nak riak, but its the truth of me. Aku bersyukur gile atas kurniaan Nya, maybe ada hikmah apabila aku hilang kawan lame ketika dulu sehingga membuatkan aku sedih bagaikan hujan ribut, but then bila aku sedar semuanya adalah hikmah kan? Haha apa pun aku sentiasa bersyukur. Syukur apa? Syukur atas kesemuanye la

Third, aku sudah menjejak ke 1 tahun 9 bulan with boyfriend aku ;) Feeling? happy ada, geram pon ada, sedih pon ada, marah pon adaa! Why? haha sebab sejak menjejak kaki ke 9 bulan kot barulah si dia ni perasaan dia berubah. Changes ? Attitude la from tak ada perasaan cemburu ke cemburu buta! Dari lepas tangan ke king control! Wahh penat nak layan taw tapi sabar je la, sebab cemburu tanda sayang kan? Oh lupe! Si dia juge berubah dari seorang yang pendiam ke seorang yang suke meluahkan isi hati dia even romantik tiba tiba OMG! So cute! Entah la dalam hati ada perasaan tak sedap hati apabila si dia sentiasa minta aku janji jangan tinggalkan dia. Kenapa aku tk sedap hati? Sebab ketentuan tuh ditetapkan oleh Allah bukan? Nak berjanji pada yang tak thu apa akan datang, aku takut sangat. Aku pernah berkata pada si dia tentand ni, at first dia kecewa dengan aku seperti tak sayang dia but last sekali dia terima keputusan aku. So sekarang si dia sentiasa meluahkan isi hati dengan mengatakan ''memang kite tak tahu apa yang bakal datang tapi yang penting saya sayang awak walaupun satu hari kita berpisah kerana awak lah satu satu nya orang yang memahami saya and tak seperti ex saya'' Perempuan mane dengar ayat ni tak cairkan? Haha sekarang aku juga ada mengajar si dia tentang islam and Allah even dia kate bila cukup umur dia hendak tukar agama. Aku tak thu la betul ke benda tuh akan jadi kan? Aku juga ada advice jangan masuk islam sebab aku tapi masuk islam kerana Allah. Well kate orang bawa orang bukan islam itu masuk islam kan bagus? Opps! Aku tak bagitahu si dia ni bukan islam and chinese boy? Maaflah hehe dah start cerita lupe sume tuh

Fourth, menduduki SPM ni banyak dugaan kot. Soalan susah nye! Ada la perasaan menyesal tk belajar elok elok but aku dah cube terbaik kan? So yang lain aku redha atas ketentuan Nya. Dugaan apa? Haaa dugaan seperti... adala mane boleh bagitahu! Ni secret antara aku dan Allah jela. Ketika menghadapi dugaan ni pilu hati dengan Allah je la aku minta petunjuk. Nak mintak advice orang lain takot jadi perbualan... Tapi perasaan dendam tuh ada la, tapi sabda nabi jangan la kite berdendam tapi pemaaf. So aku dengan terpaksa merelakan dengan memaafkan Akak tusyen aku.. Tapi aku jujur la, ada tercalit lagi perasaan benci and dendam kot.. But overall aku redha jela, sebab apa Akak tuh buat biarlah di akhirat dia tanggung.

Fifth, aku dapat masuk PLKN! WOOW! Haha mule tuh ada la perasaan suke, yela dapat masuk PLKN best ni. Lepas je dengar diorang kata bad thing about PLKN terus hilang suke tuh! Timbul la perasaan alamak aku tak nak masuk PLKN, huhuhu. Well sekarang macam mane? Haaa sekarang macam macam perasaan ada! Happy ada sedih ada~ Tapi aku tengok blog akak abang yang dapat PLKN same dengan aku iaitu PLKN Miri, Sungai Rait, Sarawak kate best and awesome! Haha so ceria la sikit, lagi lagi kate dapat main pistol ni! Haha mane tahu dapat la merasa tembak menembak ni kan? Ohh dapat gak naik flying fox! WOooh~ Excited kot! Tapi kate mak aku jangan excited je karang dah kat sane menangis lak. SO aku try la lower kan excited aku tuh. To tell you all, aku sedih sebab meninggalkan rakan aku, family, si dia and everyone aku kenal. Lagi menakutkan aku pulak siri 1 so balik March nanti, time March tu la result SPM keluar! Aduh ni yang lemah, result SPM paling aku takutkan. Haha semua orang faham kan perasaan ni? Yela SPM ni la menentukan kite dapat sambung belajar or kerja kan. So aq harap la dapat yang terbaik buat parents aku!

Sixth, kate je pasal PLKN korang tahu tak, sebab PLKN la banyak tempat aku mintak kerja sume tolak macam tuh je! Sakit nye hati ni! Macam nak lempang lempang je kot!Haih sabor jela. Tapi nasib la ada tempat aku mintak like dekat Jusco balakong iaitu Populars, kedai Jeans and dekat Jusco Maluri pulak Aeon. Mereka ni ada yang akan simpan name aku and akan tunggu aku habis PLKN baru aku boleh interview and keje. Alhamdulliah ada jugak yang baik hati lol

Seventh, dengan berkat doa aku stiap kali solat, rakan lama aku mule start nak berbaik kembali seperti dulu. Hati aku ketika itu penuh kegembiraan! Nangis pon ada kot. Yela kawan lama nak berbaik semula kan.. Tetapi aku memahami jika diorang nak berbaik tuh bukan la cepat sangat sebab ada perasaan tak percaya tuh ada lagi. Takpe aku memahami so aku layan seperti aku layan orang lain, tak nak la jadi orang lain kan? Baik jadi diri sendiri je ;) That's the best solution kan?

Alright, sampai sini je la aku post ye! Kalau panjang lagi penat la aku and bukannya ada orang bace pon kan? Hohor~ Okaylah hope blogger yang lain happy and just smile walaupun ada dugaan~ Assalammualaikum

No comments:

Post a Comment